Friday, August 19, 2011

interview ALTRBG a.k.a Ali Terbang


Bagi korang yang tak kenal siapa ALTRBG/Ali Terbang/Ali Fly. Dia pernah sumbang suara dalam lagu Tekan Tubi dari Keystyle Tanah Melayu. Nk tau lebih lanjut? Check this out.


1. Mana dapat nama AliTerbang/Alifly/ALTRBG?

ALTRBG: Hai, saya dapat nama ALIFLY sejak dari zaman myspace lagi. Sebenarnya, saya curi nama tu dari sepupu saya (salah seorang anggota One Nation Emcees). Dia letak nama MIMIFLY, jadi saya macam berkenen aje dengan nama tu. Maka dengan slumber saya pn letak nama ALIFLY. Nasib baik dia ok, sebab sepupu an… Macam mana boleh dapat nama ALI tu sebab ada sejarah hitam zaman sekolah menengah. Tak boleh nak cerita lanjut… biarlah rahsia. Heh heh.. Saya pakai nama Ali Terbang sehari sebelum perform di gig hiphop bawah tanah Artistic Series: Raising The Bar #1. Masa tu dah fikir masak-masak untuk bawa rap melayu sampai mati. ALTRBG tu shortform aje. Acah-acah hipster. lol



2. Kenapa gerak solo? Tak terasa nak join group lain?

ALTRBG: Soalan bagus.. Sebelum saya kembali aktif dalam bidang muzik pada tahun 2010, sebenarnya saya pernah bergiat sekejap pada tahun 2007 dalam scene rock/ metal bersama band Blackwood Project dari Jitra, Kedah. Selepas itu saya berhenti dari scene sebab focus terhadap kerja. Pernah juga terfikir nak juin mana-mana kumpulan sihat, tapi memandangkan saya terikat dengan kerja, saya lebih suka gerak sendiri sebab tidak terikat dengan apa-apa perjanjian kontrak dll. Saya cuma buat lagu sekadar suka-suka. Tapi tak sangka sampai boleh ke tahap ni dalam scene hiphop bawah tanah.



3. Siapa yang paling banyak bagi sokongan

ALTRBG: Sokongan awal yang saya terima adalah dari abang sendiri. Merupakan pemain drum era Black Metal zaman 90an di Ipoh. Banyak bertukar pendapat dengan beliau dalam perihal muzik.



4. Antara President ‘Joe Flizzow’, General ‘Malique’, Tactimatic dan Altimet mane nk amik wat collaborate?

ALTRBG: Altimet kot. Kalau dia nak lah. Heh heh



5. Pengalaman paling bermakna sepanjang AliTerbang/Alifly/ALTRBG

ALTRBG:  Soalan tergantung ni… anyways, pengalaman yang saya rasa semangat untuk menulis lagi bila ada sorang brother metal ni, inbox saya, dia cakap wa tak pernah minat hiphop, tp wa suka lu punya lagu. Tapi dia tak explain habis, sebab saya pun bukan jenis buat lagu kemudian bersungguh-sungguh tanya pendapat orang aje. Yang mana suka, terima kasih. Yang mana tak suka, padan muka, mesti kena batang hidung hangpa. Haha!

6. Mana jadi pilihan, live perform atau studio?

ALTRBG: Persembahan secara live. Kalau boleh bawa pulang hasil, syukur amin!

7. Tiga Qoute/ungkapan/lirik favorite

ALTRBG:
“aku cuma minat rap, lain semua ku tak sangkut” –NBE SSK
“6penjaham sampai mati bawah tanah” – Words Manifest TRS
“sape kata hiphop takde indie, ni rap kapak untuk korang kerat jari”- Me

8. Minat rap melayu atau rap ingeris?

ALTRBG: Dua-dua minat. Tapi sekarang lebih focus menulis dalam bahasa ibunda. Dari kajian yang saya lakukan rap bahasa melayu ni cuma ada di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Jadi, kebarangkalian recycle ayat-ayat rapper lain adalah kurang berbanding bahasa Inggeris di mana satu dunia dok pakai la ni (cakap Kedah pulak)

9. Ade main wordplay, multies, metafora, punchline dan element-element lain dlm lagu tak?

ALTRBG: Secara jujur saya tak begitu hebat dalam wordplay. Saya selesa dengan multies. Dan saya lebih tekan kepada flow atas beat. Dari segi penulisan, ramai yang tulis merepek termasuk saya tetapi saya harus pastikan ia relevan dalam kehidupan seharian. Metafora digunakan kalau saya tulis lagu jiwang karat kot. Atau sesiapa dapat kenal pasti metafora dalam lagu saya?
Punchline tak pasti la brother. Tapi setiap kali record, saya akan tekankan stress words, mungkin itu punchline?

10. Kalau berpeluang battle, nak battle ngan siapa?

ALTRBG: Merujuk kepada soalan no.9, saya tidak begitu hebat dalam wordplay serta punchline, mungkin sebab itu saya rasa saya ni bukan battle rapper. Tuntasnya, bukan semua rapper boleh jadi battle rapper, dan bukan semua battle rapper boleh buat lagu rap sehingga semua jenis orang nak dengar. Dan tak semua rapper boleh jadi MC yang hebat. Kalau statement saya ni salah, saya minta maaf. Biar orang kata saya takde telur untuk battle, saya tak kisah, telur saya untuk dikemam kesedapan, bukan untuk ditunjuk kat public. Ahahahah. Peace!

No comments: